Rabu, 26 Disember 2007

KATA NAMA

Kata nama merujuk kepada nama benda, orang, tempat dan perkara. Dalam Bahasa Melayu, terdapat beribu-ribu kata nama. Kata nama boleh dikategorikan kepada , kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.



KATA NAMA AM

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.
Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal kata.
Contoh:
1 Rozizan membeli sebuah motosikal baru.

· Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada
permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
Contoh:
1 Sekolah itu baru siap dibina pada hujung bulan lepas.
2 “Rumah saya tidak berapa jauh dari sini,” kata Salman.



KATA NAMA KHAS

Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang,, haiwan, benda, dan tempat yang tertentu atau khas.
Dalam penulisan, kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal kata.
Contoh:
1 Alor Setar ialah ibu negeri Kedah.